Potensi Ternakan Ayam Kampung
Ayam kampong berpotensi untuk
diusahakan dan boleh mendatangkan hasil pendapatan yg lumayan.
Bagaimanapun usaha meningkatkan penternakan ayam kampong ke taraf
komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam
kampong yang rendah.
Ini kerana ayam kampong lambat
membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika disbanding ayam
komersial pedaging. Ayam kampong juga menghasilkan jumlah pengeluaran
telur yang sedikit dan tempoh pemeliharaan lama untuk dipasarkan. Ini
menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampong adalah tinggi.
Ayam Kampong Kacukan (Ayam
Kampung Baik Baka) akan diperkenalkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan
Perusahaan Ternak Sabah melalui kaedah pengacukan antara ayam kampong
jantan dengan ayam penelurkomersial betina. Hasil kacukan ini dapat
menghasilkan anak ayam kampong yang boleh mengeluarkan jumlah telur
lebih banyak dan saiz telur besar.
Selain itu, ia juga menghasilkan
anak ayam yang mempunyai saiz badan lebih besar, berat badan yang tinggi
serta dapat dipasarkan dalam tempoh lebih singkat dengan pemberian
makanan komersial.
Ayam kampong kacukan lebih sesuai
diternak dalam system pemeliharaan seperti system intensif, sarap
tebal, berlantai atas dan semi intensif.
System intensif dikenali sebagai system kurung.
Ini bermakna ayam kampong kacukan
dikurung setiap masa dan system ini memudahkan pemberian makanan,
program pemvaksinan pengutan telur dan lain-lain.
Ayam kampong kacukan diternak dalam system lantai bawah bersarap tebal atau system lantai tinggi.
System sarap tebal menggunakan lantai simendan ia memudahkan kerja mencuci serta membasmi kuman.
Bahan sarap seperti ketaman kayu ditaburkan di atas lantai dengan sekata.
Sistem semi intensif ini adalah gabungan antara system intensif dan system ekstensif (bebas).
Ayam dibebsakan dalam kawasan berpagar ketika siang dan dikurubg ketika malam.
Pengurusan ayam kampong kacukan terbahagi kepada peringkat didikan, pembesaran, jualan dan pembiak.
Peringkat didikan ialah, peringkat anak ayam berumur satu hingga tiga minggu.
Vaksin diberi pada hari pertama dan vaksin ‘Fowl Pox’ pada minggu kedua.
Alat pemanas dipasang 24 hingga hari ke 14.
Bekas makanan jenis dulang digunakan dan anak ayam diberi air minuman bersih setiap hari.
Bekas makanan dan minuman ditukar ke bentuk gantung pada hari ke 21.
Jumlah makanan dan kematian dicatatkan.
Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatic diselaraskan mengikut aras belakang ayam.
Peringkat jualan ayam pada umur 9 hingga 12 minggu.
Hanya ayam yang sihat dan cergas sesuai untuk dijual.
Ayam diberi makan jagung bagi memberi nilai khasiat pemakanan dan warna kulit yang kekuningan.
Pemberian antibiotic dua hingga tiga minggu sebelum penjualan
No comments:
Post a Comment